Perlindungan Data Peribadi
Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709)
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi
di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada
16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.
Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawalselia
pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh
pengguna data supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak-pihak yang
berkepentingan.
Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi
mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data
peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah
termaktub di bawah APDP ini.
Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada
semua golongan pengguna data peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun
swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak
pengguna dan awam.
JPDP diketuai oleh Ketua Pengarah dengan dibantu oleh
seorang Timbalan Ketua Pengarah. Manakala, terdapat tiga bahagian utama di JPDP
iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi, Bahagian Pemantauan dan Bahagian
Perundangan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.pdp.gov.my