MIROS Logo
MiSCORE Logo

MIROS Safety & Compliance Rating Evaluation (MiSCORE)

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya berkaitan sistem MiSCORE.

Tiada soalan yang sepadan ditemui.

Pendaftaran

MiSCORE ialah sistem penarafan bintang untuk Institut Memandu (IM) di Malaysia yang dibangunkan oleh MIROS. Sistem ini menilai prestasi IM merangkumi aspek fizikal, pengurusan, dan kepuasan pelanggan bagi memastikan kualiti latihan memandu yang berstandard tinggi.

  1. Klik pautan Daftar pada halaman log masuk.
  2. Masukkan nombor pendaftaran syarikat dan butiran yang diperlukan.
  3. Sahkan e-mel melalui pautan yang dihantar ke peti masuk anda.
  4. Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Sekiranya anda menerima jemputan, gunakan pautan dalam e-mel jemputan untuk mendaftar.

Klik pautan Terlupa Kata Laluan pada halaman log masuk. Masukkan alamat e-mel yang didaftarkan dan semak peti masuk anda untuk pautan penetapan semula kata laluan. Pautan tersebut sah selama 60 minit.
Penilaian & Modul

MiSCORE mempunyai 6 modul utama:

1
Pendaftaran — Pendaftaran Institut Memandu dalam sistem.
2
Penjanaan Sistem Penilaian — Pengurusan dan penjanaan borang penilaian.
3
Audit Fizikal — Penilaian fizikal premis dan kemudahan IM.
4
Penilaian Kendiri — IM menilai diri sendiri berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
5
Kajian Kepuasan Pelanggan — Maklum balas pelajar terhadap perkhidmatan IM.
6
Rayuan (Cabar) — IM boleh mencabar keputusan penilaian yang dianggap tidak tepat.

Pergi ke modul Penilaian Kendiri pada menu utama. Pilih sesi penilaian yang aktif, kemudian jawab setiap soalan dalam borang yang disediakan. Pastikan semua bahagian dilengkapkan sebelum menghantar. Anda boleh menyimpan draf dan meneruskan kemudian.

Penarafan bintang dikira menggunakan formula berikut:

Star Score =70% × Audit Compliance+30% × Survey Index+BonusPenalti
Audit Compliance (70%) — Skor daripada hasil Audit Fizikal yang dijalankan oleh juruaudit.
Survey Index (30%) — Purata indeks daripada Kajian Kepuasan Pelanggan.
Bonus — Markah tambahan berdasarkan pencapaian tertentu.
Penalti — Potongan markah akibat ketidakpatuhan atau pelanggaran.

Pelajar tidak perlu log masuk ke sistem. IM akan berkongsi satu QR Code kepada pelajar. Pelajar hanya perlu mengimbas QR Code tersebut, mengesahkan nama, dan menjawab soalan. Setiap QR Code hanya boleh digunakan sekali.

Modul Rayuan (Cabar) adalah modul tersendiri yang boleh diakses terus dari menu utama. Hanya Penilaian Kendiri yang berstatus Selesai sahaja layak untuk dibuat rayuan. Pilih penilaian berkenaan, kemudian isikan borang rayuan dengan alasan yang jelas beserta dokumen sokongan jika ada. Rayuan akan disemak oleh pihak MIROS dan keputusan akan dimaklumkan melalui sistem.
Pembayaran

Pada masa ini, pembayaran dibuat secara manual — pindahan wang ke akaun bank MIROS. Setelah pembayaran selesai, muat naik resit pembayaran dalam sistem sebagai bukti. Tiada payment gateway dalam talian buat masa ini.

Pergi ke modul Pembayaran, pilih invois berkaitan, kemudian klik butang Muat Naik Resit. Format fail yang diterima ialah PDF, JPG, atau PNG dengan saiz maksimum 5MB.
Teknikal & Akaun

Sistem MiSCORE berfungsi paling baik dengan pelayar terkini:
Google ChromeMozilla FirefoxMicrosoft EdgeSafari

Penggunaan Internet Explorer tidak disokong.

Klik nama pengguna di penjuru kanan atas, kemudian pilih Profil. Dari sana anda boleh mengemaskini nama, e-mel, nombor telefon, dan kata laluan.

E-mel
info@miros.gov.my
Telefon
+603-8924 9200

Sertakan tangkapan skrin masalah bersama butiran akaun anda untuk mempercepatkan proses bantuan.

Pengenalan & Ekosistem

ILP merujuk kepada industri yang mengendalikan proses latihan teori dan amali secara menyeluruh melalui penyediaan fasiliti, infrastruktur, dan penyampaian perkhidmatan untuk melatih individu mendapatkan lesen memandu yang diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

• Institut Memandu (IM) & Sekolah Memandu (SM) • Individu/Pelanggan • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) • MIROS

Di bawah Seksyen 6(j) Akta 748, MIROS berfungsi untuk mengkaji semula piawaian kurikulum, mengaudit tanda aras sistem penyampaian IM, melaksanakan penilaian menyeluruh, menetapkan kriteria audit, melatih juruaudit, dan menguruskan sistem MiSCORE.

e-Testing ialah Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik yang menggunakan sensor dan kamera untuk menilai prestasi calon secara real-time di litar.

Calon hanya perlu menghadiri satu kelas teori KPP01 selama 6 jam untuk kedua-dua motosikal dan motokar secara serentak dalam satu sesi bersepadu.
Kerangka & Kriteria Audit

• Kognitif • Psikomotor • Afektif

Terdapat 81 item penilaian yang dibahagikan kepada 4 teras: • Teras 1 (KPP) • Teras 2 (KP) • Teras 3 (IKM) • Teras 4 (Soal Selidik)
Modul KPP03

Commentary Driving ialah teknik di mana pengajar menerangkan hazard, risiko, dan tindakan secara lisan semasa pelajar memandu dalam trafik sebenar. Ia adalah kemahiran dua hala yang kompleks.

• 03-P1: Pelaksanaan Fizikal Penukaran Lorong + Head Check • 03-P2: Koordinasi Serentak Empat Kemahiran • 03-P3: Tindak Balas Fizikal kepada Hazard Tidak Dijangka

Had laju adalah had maksimum, bukan kelajuan sesuai untuk semua situasi. Pelajar wajib memilih kelajuan berdasarkan keadaan trafik, jalan, dan hazard.
Kualiti Penyampaian (KP)

• KP1 — Pematuhan Harga Yuran Lesen • KP2 — Pengurusan Kuota Calon
Inisiatif Kendiri (IKM)

• IM1 — Pemantauan Rekod Perlanggaran Graduan • IM2 — Kursus Pemulihan Percuma • IM3 — Inisiatif CSR Keselamatan Jalan Raya
Soal Selidik Pelajar

A1 Teaching Quality (TQ), A2 Engagement (ENG), A3 Hazard Perception (HP), A4 Motorcycle Awareness (MA), A5 Risk & Decision Making (RDM), A6 Behavioural Outcome (BO)

Modul yang menilai tempoh menunggu di setiap peringkat proses mendapatkan lesen (BL1 hingga BL5).

Modul yang menilai persepsi pelajar terhadap kos lesen memandu. Penting untuk kajian dasar JKPIM.

OUT1: Latihan menyediakan saya untuk memandu dengan selamat. OUT2: Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan kualiti latihan.
Skor & Penarafan Bintang

SPB = (70% × Pematuhan Audit) + (30% × Indeks Maklumbalas Pelanggan) + Bonus – Penalti.

Pematuhan Audit = [60% × (Σ Skor KPP ÷ Skor Maksimum KPP)] + [30% × (Σ Skor KP ÷ Skor Maksimum KP)] + [10% × (Σ Skor IKM ÷ Skor Maksimum IKM)].

0 = Tidak dilaksanakan 0.5 = Dilaksanakan secara terhad 1.0 = Dilaksanakan dengan berkesan

IMP = (Purata Skor Likert − 1) ÷ 4

Institut Memandu wajib mencapai tahap pematuhan minimum 80% daripada gabungan Teras 1 (KPP) dan Teras 2 (KP).

5 Bintang: 5 tahun 4 Bintang: 4 tahun 3 Bintang: 3 tahun 2 Bintang: 2 tahun 1 Bintang: 1 tahun

Bonus untuk amalan terbaik. Penalti untuk ketidakpatuhan serius, pelanggaran privasi, atau penipuan.
Proses Kerja & Pentadbiran

Audit Kendiri: IM menilai sendiri melalui MiSCORE. Audit Fizikal: Dilakukan oleh juruaudit MIROS di premis.

IM mengisi borang → Admin MIROS semak → Juruaudit beri markah → Sistem jana markah akhir → Keputusan dikeluarkan.

Kritikal: Menjejaskan keselamatan → tindakan segera. Major: Kesan ketara → pembetulan. Minor: Kesan kecil.

Ya, dalam tempoh 14 hari melalui Modul Rayuan dalam MiSCORE.

Pernah menjalani kursus penilaian, bebas konflik kepentingan.

Minit mesyuarat, sijil bomba, ISO, SSM, KWSP, PERKESO, insurans, rekod pelan pengajaran, dll.

Papan kenyataan utama, kaunter pendaftaran, dan platform digital institusi.
Konsep Lanjutan

Item Wajib mesti dilaksanakan dalam setiap sesi (ketidakpatuhan kritikal/major). Item Pilihan adalah amalan terbaik yang digalakkan.

Pemanduan Defensif ialah strategi mengandaikan pengguna lain mungkin membuat kesilapan dan mengambil langkah pencegahan awal.

MIPSAG = Maklumat, Isyarat, Posisi, Speed, Accelerate/Gear, Gerak. Pendekatan sistematik untuk memandu selamat.

Untuk memastikan pelajar bukan sahaja tahu, tetapi benar-benar boleh melaksanakan kemahiran secara fizikal dengan betul.

Imbas jauh ke hadapan untuk mengesan hazard lebih awal. Dinilai dalam Item 03-P2.

Sesi Reviu: Formal di akhir sesi. Maklum Balas Berterusan: Spontan semasa pelajar memandu.

Fenomena memfokus pada halangan sehingga motosikal menghala ke arahnya. Diajar dalam Item 02-14.

Mewujudkan persekitaran selesa dan mengurangkan kebimbangan pelajar.

Bukti paling kukuh. Video mesti menunjukkan interaksi aktif pengajar-pelajar, bukan pengajar bercakap sahaja.

Diagnosis kesilapan, beri maklum balas spesifik, demonstrasi semula, beri peluang cuba lagi, dan rekod kemajuan.

Masih ada soalan?

Kami sedia membantu. Hubungi pasukan sokongan MIROS.

Kembali ke Log Masuk